suria

Robbie Williams tarik diri buat persembahan di 'MTV Europe Music'

ROBBIE Williams telah menarik diri daripada menyertai 2009 MTV Europe Music Awards.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap penyanyi United Kingdom itu pada Jumaat lalu, pembatalan itu disebabkan konflik penjadualan.

"Semua perjanjian promosi yang lain akan diteruskan seperti yang dirancang," seperti yang dipetik daripada kenyataan itu.

Williams dijangka akan membuat persembahan di samping Jay-Z, Green Day, Tokio Hotel, Leona Lewis, Foo Fighters dan Shakira di majlis anugerah yang akan berlangsung di Berlin's O2 World Arena pada Khamis, 5 November ini.

Penyanyi yang baru sahaja menghasilkan single 'Bodies' (Virgin/ EMI) itu telah dicalonkan untuk kategori penyanyi lelaki terbaik di majlis itu. 'Bodies' telah memasuki carta single nombor dua Official U.K. Charts Co. pada 25 Oktober lalu.

Projek terbaru Williams, 'Reality Killed the Video Star' akan dikeluarkan di seluruh dunia mulai 9 November ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain