suria

Idea terbitkan ‘Cuci the Musical’ semasa lakukan ‘Bungee Jumping’ - Stephen

Stephen pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang koreografi
Stephen pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang koreografi
Stephen pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang koreografi

IDEA untuk menerbitkan teater ‘Cuci The Musical’ tercetus apabila koreografer dan pelakon Stephen Rahman-Hughes pergi melakukan ‘Bungee Jumping’ bersama produser, pengarah dan pelakon Hans Isaac di Eropah.

Stephen yang pernah meraih berberapa anugerah dalam bidang koreografi juga berkata, Hans memaklumkan hasratnya untuk menerbit filem Cuci dalam bentuk teater.

“Saya terus menggambarkan filem itu sebagai sebuah teater secara komedi dan muzikal,” ujar Stephen selepas menghadiri majlis pra-tonton ‘Media Prima Network Screenings 2010’ pada Jumaat lalu.

Stephen juga menambah teater ‘Cuci The Musical’ lebih sesuai dijadikan sebuah teater berunsur komedi.

"Setakat ini, teater tersebut menerima sambutan yang memberangsangkan," jelas Stephen.

Teater 'Cuci The Musical', yang diarahkan oleh Zahim Al Bakri telah mula dipersembahkan pada 23 Oktober lalu sehingga 8 November ini di Istana Budaya.

Ia dibarisi oleh pelakon hebat seperti Awie, AC Mizal, Hans Isaac, Adibah Noor, Vanidah Imran, dan Harith Iskander.

Stephen juga berkata yang bidang teater berpotensi untuk berkembang di Malaysia.

“Bidang teater merupakan satu genre yang baru di sini. Terdapat ramai bakat-bakat muda yang mampu membawa bidang ini ke tahap yang lebih tinggi.

“Teater 'Cuci The Musical’ merupakan satu permulaan yang baik kerana ia memberi pendekatan yang baik kepada barisan pelakon muda,” jelas Stephen.

Sementara itu, Stephen dilihat amat rapat bersama seorang kanak-kanak kecil yang montel dan comel dalam majlis itu.

“Itu adalah anak sepupu saya dan saya masih bujang lagi,” kata Stephen sambil ketawa.

Sebelum ini Stephen pernah membintangi teater ‘Puteri Gunung Ledang The Musical’ pada tahun 2006.

Apabila ditanya mengenai rancangan seterusnya selepas ini, Stephen berkata dia akan menjadi koreografer untuk beberapa buah konsert yang akan diadakan di Star Hill pada tahun ini dan tahun depan.

“Saya juga akan sibuk dengan penggambaran filem 'Merong Mahawangsa',” akhiri Stephen yang juga merupakan pelakon utama filem tersebut.

'Merong Mahawangsa' diterbitkan oleh KRU Studios yang mengambil rujukan kisah sejarah Hikayat Merong Mahawangsa.

Artikel Lain