suria

Vishal Bhardwaj ingin Hrithik Roshan berlakon dalam filemnya

PENGARAH Vishal Bhardwaj ingin Hrithik Roshan berlakon dalam filem seterusnya.

Dia ingin mengandingkan Hrithik dan Priyanka Chopra dalam filem terbarunya.

“Saya sedang berbincang dengan Hrithik mengenai itu tetapi kami belum memastikan apa-apa lagi,' katanya dalam satu temu bual semalam.

Tetapi Priyanka telah memberi lampu hijau untuk membintangi filem terbarunya itu.

Sementara itu, Vishal turut mengakui yang pelakon memainkan peranan penting untuk sesebuah filem mencapai tahap ‘Box Office.’

“Saya berasa pelakon terkenal amat penting untuk menambat hati penonton. Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Hrithik Roshan, Saif Ali Khan dan Shahid Kapoor merupakan pelakon-pelakon yang amat berbakat,” katanya dalam satu temu bual.

“Jika penonton sukakan mereka, mereka tidak kisah untuk datang menonton sesebuah filem yang dilakonkan oleh pelakon yang mereka minati dalam pawagam,” ujar pengarah filem Omkara dan Kaminey itu.

Vishal mula berjinak-jinak dalam bidang pengarahan pada tahun 2002 menerusi filem Makdee.

Hanya Shabana Azmi sahaja merupakan nama besar dalam filem pertamanya itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain