suria

Nicolas Cage berjaya menjual mahligai Bel Air

Nicolas Cage telah berjaya menemui seorang pembeli untuk mahligainya yang diberi nama Bel Air di Los Angeles - foto AP

PELAKON Hollywood Nicolas Cage telah berjaya menemui seorang pembeli untuk mahligainya yang diberi nama Bel Air di Los Angeles.

Hartanah itu dikatakan di jual pada harga yang lebih rendah daripada harga permintaannya iaitu 23.3 juta paun.

Bintang filem Conair itu ingin menjual rumahnya pada tahun 2007, yang dahulunya pernah menjadi milik Tom Jones dan Dean Martin. Tetapi 12 bulan kemudiaannya, dia menurunkan harga Bel Air kepada 11.7 juta paun.

Rumah Cage berjaya dilelongkan menerusi satu laman web dan mula dibida pada harga 6.6 juta paun, 28% peratus kurang daripada harga asal.

Akhirnya Cage bersetuju menjual rumah itu pada suatu harga yang tidak dinyatakan.

Bel Air dikatakan dijual pada harga tidak kurang daripada 6.6 juta paun dan tidak melebihi 10 juta paun.

Pelakon itu juga sedang mengkaji semula kedudukan kewangannya supaya dia boleh membayar semua bil cukainya yang tertunggak sejak tahun 1997.

Artikel Berikut

Artikel Lain