suria

Anang-KD sudah rasmi bercerai!

HUBUNGAN suami isteri Anang Hermansyah dengan Krisdayanti (KD) sudah pun berakhir secara rasmi semalam.

Pihak Pengadilan Agama (PA) Jakarta Selatan telah mengesahkan pendaftaran cerai yang dibuat oleh KD sewaktu bulan Ramadan lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka, Anang dan KD tidak hadir dan hanya diwakili kuasa hukum mereka.

Elsie Lontoh, peguam Krisdayanti dan Anang, membuat kenyataan ini sebaik persidangan itu selesai.

"Hari ini sudah diputuskan. Tidak ada yang berubah dari nota kesepakatan yang telah dibuat. Jadi sudah selesai semuanya," kata Elsie.

Sambungnya lagi, "Mereka sudah rasmi menjadi Duda dan Janda," kata Elsie, yang mengaku tengah berada di Malaysia bersama KD dalam rangka album terbaru milik Krisdayanti.

"Kita di Malaysia hingga tanggal 25 Oktober," tambah Elsie.

Elsie juga berkata setelah proses perceraian ini berakhir, kemungkinan akan ada pertemuan antara KD dan Anang Hermasnyah.

KD juga pernah berkata akan memberitahu alasan perceraiannya dengan Anang setelah sah pengesahan cerainya.

Anang juga, khabarnya akan memberi izin untuk KD berjumpa kedua anak mereka setelah semuanya selesai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain