Penelope Cruz dan Javier Bardem dikatakan sudah bertunang - foto APPENELOPE Cruz dan Javier Bardem dikatakan sudah bertunang. Laporan itu dikatakan agak memeranjatkan sesetengah pihak apatah lagi sebelum ini Cruz dikatakan tidak percaya dengan perkahwinan."Saya benar-benar tidak tahu, tetapi saya tidak mampu cakap apa-apa walaupun saya mengetahuinya," kata jurucakap aktres itu di dalam sebuah majalah. Cruz sebelum ini pernah berkata di dalam sebuah majalah:"Saya tidak tahu sama ada saya percaya atau tidak tentang perkahwinan. Saya percaya tentang keluarga, cinta dan anak-anak."Aktres ini juga turut menafikan dia kini sedang hamil."Saya mula dapat banyak hadiah daripada rakan-rakan dengan ucapan 'Tahniah, kamu mengandung'. Dan saya menjawab 'Tidak'," katanya.Cruz dan Bardem telah menjalinkan hubungan sejak beberapa tahun, tetapi pasangan ini jarang memperkatakan tentang hubungan mereka.