suria

Lady Gaga mahu peminat maafkan Kanye West

Lady Gaga terkenal dengan penampilan gaya fesyennya yang pelik. foto-REUTERS
Lady Gaga terkenal dengan penampilan gaya fesyennya yang pelik. foto-REUTERS
Lady Gaga terkenal dengan penampilan gaya fesyennya yang pelik. foto-REUTERS

KANYE West masih lagi menerima kritkan berikutan tindakannya yang memprotes kemenangan Taylor Swift dalam kategori Video Wanita Terbaik di Anugerah Video Muzik MTV pada awal September lepas.

Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu hit 'Poker Face', Lady Gaga, mengatakan Kanye sudahpun menyesal dengan perbuatannya itu dan mahu peminat maafkannya.

"Kanye sebenarnya seorang yang baik, dia memang sudah menyesal dengan perbuatannnya itu, semua orang pun tidak terlepas daripada melakukan kesilapan," kata Lady Gaga.

Kanye West sebelum ini sudah meminta maaf terhadap tindakannya semasa anugerah itu berlangsung, dia telah menelefon sendiri Taylor untuk memohon maaf secara peribadi.

"Kanye mempunyai sumbangan besar dalam industri muzik dan dia seorang yang prolifik.

"Dia memang tidak patut melakukan perkara itu, tetapi saya tahu itu bukanlah perangai sebenar Kanye," katanya lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain