Donald Trump menganggap perbuatan Kanye West itu menjijikan. - foto AFPDONALD Trump mengatakan dia sendiri akan memboikot Kanye West selepas insiden yang berlaku di Anugerah Video Muzik MTV 2009 kelmarin.Menurutnya perbuatan Kanye itu 'menjijikan'. "Ini sebagai pengajaran supaya ia tidak berulang lagi," katanya menjelaskan kenapa dia mahu memboikot penyanyi rap terkenal itu."Dia bukan mahu memberi penghargaan kepada Beyonce pun, dia cuma mahukan perhatian" kata Donald lagi.