suria

Dil Bole Hadippa! bakal temui peminat filem Bollywood

Pelakon Bollywood, Rani Mukherjee (kiri) dan Shahid Kapoor bergambar sewaktu sidang media filem terbaru "Dil Bole Hadippa" di Mumbai pada 7 September 2009. - foto REUTERS
Pelakon Bollywood, Rani Mukherjee (kiri) dan Shahid Kapoor bergambar sewaktu sidang media filem terbaru
Pelakon Bollywood, Rani Mukherjee (kiri) dan Shahid Kapoor bergambar sewaktu sidang media filem terbaru "Dil Bole Hadippa" di Mumbai pada 7 September 2009. - foto REUTERS

FILEM baru 'Dil Bole Hadippa!' akan menemui peminat-peminat filem Bollywood pada 18 September ini. Filem tersebut akan dibintangi oleh pelakon muda Shahid Kapoor dan Rani Mukerji.

Ia berkisarkan mengenai kehidupan seorang gadis kampung, Veera (Rani Mukherjee) yang berpura-pura menjadi lelaki demi untuk dipilih dalam pasukan kriket. Malah Veera juga bercita-cita untuk bermain dengan lagenda kriket di India, Tendulkar dan Dhoni satu hari nanti.

Pada masa yang sama, Rohan (Shahid Kapoor) merupakan seorang ketua pasukan kriket di salah satu daerah di England. Rohan kemudian kembali ke India untuk mengetui pasukan kriket ayahnya yang sudah kalah 8 tahun berturut-turut.

Veera terpaksa memakai serban dan janggut palsu untuk memenuhi impiannya bermain kriket. Kehebatan Veera ketika beraksi di padang berjaya mencuri hati Rohan dan dia diterima untuk bermain dalam pasukannya. Kini Veera mempunyai satu lagi personaliti lelaki iaitu Veer Pratap Singh.

Maka bermulalah kisah percintaan Veera dan Rohan serta kisah persahabatan antara Rohan dan juga Veer.

Dil Bole Hadippa akan diarahkan oleh Anurag Singh dan diterbitkan oleh Aditya Chopra.

Ia juga akan dibintangi oleh pelakon seperti Anupam Kher, Dalip Tahil, Rakhi Sawant dan Sherlyn Chopra.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain