suria

Katherine: Konsert penghargaan MJ di Vienna tidak patut diteruskan

Katherine (kiri) dan Joe Jackson ketika menghadiri upacara pengebumian Michael Jackson di Forest Lawn Memorial Park di Glendale, California, 3 September lepas. foto-AFP
Katherine (kiri) dan Joe Jackson ketika menghadiri upacara pengebumian Michael 
Jackson di Forest Lawn Memorial Park di Glendale, California, 3 September lepas. foto-AFP
Katherine (kiri) dan Joe Jackson ketika menghadiri upacara pengebumian Michael Jackson di Forest Lawn Memorial Park di Glendale, California, 3 September lepas. foto-AFP

KATHERINE dan ahli keluarga Jackson yang lain berang dengan Jermaine kerana tindakannya yang mahu meneruskan konsert penghormatan kepada Michael Jackson di Vienna.

Ahli keluarga Jackson dan semua yang terlibat dengan konsert itu mengatakan Katherine didesak untuk menyatakan sokongan terhadap konsert yang bakal berlangsung 26 September ini.

Sumber memberitahu Jermaine mengadu dengan ibunya, Katherine apabila namanya sering diburuk-burukan di media kerana terlibat dengan konsert itu. Beliau juga berulang kali menggesa agar Katherine turut menyokong konsert penghargaan kepada Michael itu.

Selain itu sumber juga memberitahu kecuali Jermaine kesemua ahli keluarga Jackson tidak akan hadir ke Vienna untuk konsert tersebut.

Keluarga Jackson berpendapat tidak masuk akal untuk menganjurkan sebuah konsert penghargaan kepada Michael di negara yang tiada kaitan istimewa dengannya.

Ada antara ahli keluarga Jackson yang mencemuh tindakan Jermaine itu dan menggelar konsert tersebut sebagai 'The Jermaine Jackson Show."

Artikel Berikut

Artikel Lain