suria

Harga untuk ruang di sekitar kubur MJ meningkat

Harga untuk ruang pengebumian di sekitar kubur Michael Jackson meningkat. Ada yang mengambil kesempatan itu untuk menjual lot yang mereka miliki. foto-AFP

MENDIANG Michael Jackson yang dikebumikan di Glendale menyebabkan harga untuk tempat pengebumian di kawasan yang berdekatan dengan kuburnya meningkat mendadak.

Jurucakap di Forest Lawn Memorial Park memberitahu harga plot di sekitar kubur Michael telah meningkat sebanyak $2,000 hingga $3,000 setiap satu sejak Michael dikebumikan disitu.

Sebelum ini harga setiap plot adalah $7,000 dan kini ada yang telah mencecah sebanyak $9,900.

"Apabila seorang yang berprofil tinggi atau selebriti terkenal dikebumikan disini, ia akan mempengaruhi harga ruang perkuburan disekitranya," kata jurucakap tersebut.

Dua orang yang memiliki plot di sekitar kubur Michael mengambil kesempatan itu untuk menjual ruang tersebut dengan harga yang tinggi iaitu sebanyak $34,000.

Menurut mereka: "Banyak tawaran yang telah kami terima sejak bercadang menjual plot yang kami miliki di sekitar kubur Michael.

Artikel Berikut

Artikel Lain