suria

Album Susan Boyle paling laris

Suara emas Susan Boyle memukau penonton dan dia menjadi ikon sensasi secara tiba-tiba apabila memasuki rancangan TV 'Britain's Got Talent'. foto-AP

ALBUM sulung Susan Boyle kini menduduki carta teratas dalam jualan paling laris laman web Amazon walaupun ia hanya akan berada di pasaran beberapa bulan lagi.

Ia hanya akan mula dijual pada 23 November tahun ini, bagaimanapun beribu-ribu salinan telah dijual kepada peminat yang membuat tempahan awal melalui perkhidmatan beli-belah laman web itu.

Album penyanyi Scotland yang popular dengan lagu 'I Dreamed A Dream' itu juga mengatasi penjualan album baru Whitney Houston dan juga album lain seperti album lagu tema filem 'Twilight'.

Susan mengejutkan dunia awal tahun ini apabila rakaman sesi uji bakat dirinya dalam rancangan TV 'Britain's Got Talent' disensasikan di Internet. Penyanyi berbakat itu tidak berjaya memenangi peraduan tersebut tetapi dia dijangka akan menjadi bintang paling terkenal berbanding dengan peserta lain.

Artikel Berikut

Aizat kini lebih hargai Ramadan

Artikel Lain