Gambar fail bertarikh 3 Disember 2008 ini menunjukkan Oprah Winfrey menghadiri sambutan ulang tahun 50 tahun The Alvin Ailey Dance di New York. -foto APOPRAH Winfrey sangat menyukai rapper Jay-Z kerana padanya dia seorang yang hebat.Pengacara rancangan temu bual tersebut baru-baru ini telah menemuramah penyanyi yang popular dengan lagu '99 Problems' itu. "Jay-Z adalah kawan baik saya yang baru. Dia seorang yang sangat menawan dan menyeronokan... semua mengenai dirinya memang hebat.Oprah baru-baru ini dilaporkan telah menjauhkan dirinya daripada pasanganya Stedman Graham dan dikatakan sedang mencari kekasih baru.