suria

Michael Jackson berhasrat arah filem tentang anak angkat

'Pin art' Michael Jackson yang dibuat oleh Nason Ponniah. foto THE STAR oleh YEE CHERN YUNN
'Pin art' Michael Jackson yang dibuat oleh Nason Ponniah. foto THE STAR oleh YEE CHERN YUNN
'Pin art' Michael Jackson yang dibuat oleh Nason Ponniah. foto THE STAR oleh YEE CHERN YUNN

TIGA bulan sebelum kematiannya, Michael Jackson telah bersiap sedia untuk bersama-sama mengarah dan membiayai filem tentang anak angkat.

Malah Jackson merancang untuk membuat penggambaran sebaik sahaja menghabiskan persembahan konsert-konsertnya di London.

Berita itu merupakan pendedahan terbaru mengenai kegemaran dan projek bintang handalan tersebut.

"Dia sangat teruja untuk membuat filem dan ingin mencuba apa-apa sahaja - dari pembuatan skrip filem hingga pengarahan... hingga menulis lirik lagu.

"Bagaimanapun, Jackson tidak pernah menunjukkan minat untuk berlakon," kata produser filem-B, penulis dan pengarah Bryan Michael Stoller.

Stoller berkata, dia telah menjalin persahabatan selama 23 tahun dengan Raja Pop itu dan merupakan rakan kongsi syarikat milik Jackson, 'Magic Shadows'.

Filem tersebut adalah berdasarkan buku hasil pena Jennings Michael Burch. Penulis buku ini pernah melalui pengalaman hidup di rumah anak angkat sewaktu kanak-kanak lagi.

Jackson menunjukkan buku tersebut kepada Stoller pada tahun 2002 di estetnya di Neverland dan pernah menanya sama ada berminat menghasilkan filem.

Stoller memberitahu, Michael selalu berkata dia membesar sebagai seorang anak yatim, seperti anak angkat kerana dia tidak pernah tinggal di satu rumah.

"Untuk Jackson, setiap hotel adalah rumah anak angkat yang berbeza. Dia berkata dia pernah duduk di tepi tingkap, melihat kanak-kanak bermain di luar dan menangis kerana dia tidak boleh menjadi seperti mereka," kata Stoller.

Artikel Lain