suria

Liam bergaduh dengan peminat selepas dibaling tin bir

Penyanyi kumpulan rock British Oasis, Liam Gallagher ketika membuat persembahan di Winterthur, Switzerland. foto-AP

PENYANYI panas baran dari kumpulan 'Oasis', Liam Gallagher berkelahi dengan seorang peminatnya baru-baru ini ekoran dibaling tin bir.

Dia dibaling ketika berjalan menuju ke pentas pada permulaan persembahan bandnya selama dua jam itu.

Pada suatu ketika, dia dihujani 'misil-misil' berbentuk tin bir tersebut.

Sebelum mula menyanyi, Liam telah melempiaskan kemarahannya terhadap salah seorang peminat.

Dia juga telah mengutip satu syiling yang dilemparkan ke arah dan mencabar mereka terbabit untuk menggantikannya membuat persembahan.

Selain itu, Liam mengubah lirik beberapa buah lagu untuk merujuk insiden memalukan itu.

Artikel Lain