SEGAK...Dua pengawal di Istana Buckhingam. -foto AFPPENGAWAL di Istana Buckhingam membuat kejutan apabila memainkan lagu-lagu Michael Jackson di luar istana itu.Pelancong terperanjat apabila pengawal-pengawal itu mula menyanyi lagu 'Heal The World'. Orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu turut serta menari dan menyanyi."Ia merupakan satu penghargaan daripada Permaisuri England kepada Raja Pop itu.""Semua orang ikut menari sama dan ada juga yang membuat aksi 'moonwalk'," kata seorang pelancong yang berada di tempat itu.