suria

Meryl Streep guna garam untuk hilangkan bau jari-jemarinya

Meryl Streep hadir ke tayangan perdana filem "Doubt" semasa malam gala The AFI Fest 2008 di Los Angeles pada 30 Oktober 2008. -foto AP
Meryl Streep hadir ke tayangan perdana filem
Meryl Streep hadir ke tayangan perdana filem "Doubt" semasa malam gala The AFI Fest 2008 di Los Angeles pada 30 Oktober 2008. -foto AP

AKTRES veteran, Meryl Streep menggunakan garam untuk memastikan jari-jemarinya wangi dan harum sepanjang masa.

Streep memperolehi petua tersebut selepas menjalani penggambaran filem terbarunya, 'Julie and Julia'.

Dalam filem tersebut, Streep memegang watak tukang masak terkenal, Julia Child. Dia menerima banyak nasihat tentang pengendalian makanan.

"Saya mempunyai banyak petua memasak. Anda perlukan satu kuali yang baik dan sering memasak dengan api panas.

"Jika anda memegang bawang putih dan bawang, jari-jemari anda akan berbau. Untuk menghilangkan bau tersebut, anda boleh merendamkan tangan dalam air garam.

"Basuh dengan air sejuk. Bau bawang putih dan bawang akan hilang dengan sendirinya," kata Streep, bintang berusia 60 tahun itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain