suria

Lindsay disaman kerana membuat bising

Lindsay Lohan. - foto AFP
Lindsay Lohan. - foto AFP
Lindsay Lohan. - foto AFP

BINTANG 'Mean Girls', Lindsay Lohan disaman polis Los Angeles kerana membuat bising pada hujung minggu.

Menurut laporan media, Lohan, 22, memainkan muzik dengan kuat sehingga awal pagi 21 Jun lalu sekali gus menjadikan jiran-jiran Hollywood Hills berang.

Jiran-jiran selebriti itu difahamkan membanjiri balai polis Los Angeles untuk membuat aduan.

Pihak berkuasa kemudiannya telah pergi ke rumah Lohan lalu mengeluarkan saman kerana membuat bising.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain