suria

Katy Perry tidak suka hidup tanpa kekasih

Katy Perry
Katy Perry
Katy Perry

KATY PERRY mengaku dirinya akan berasa amat sunyi tanpa teman lelaki di sisi untuk berkongsi suka dukanya setiap hari.

Penyanyi berusia 24 tahun itu membuat pendedahan itu di sebuah majalah, sebelum dia kembali menjalinkan hubungan dengan kekasihnya, Travis McCoy.

"Saya tidak suka hidup seorang diri. Saya mungkin hidup di dalam suasana yang cukup hebat, tetapi walau apapun, saya tetap ingin menghubungi orang tersayang dan berkongsi perasaan saya.

"Baru-baru ini, album saya terjual berjuta-juta unit di Amerika dan saya tidak ada sesiapa untuk berkongsi berita gembira itu. Waktu itu saya rasa amat 'sunyi'," kata Perry.

Artikel Lain