suria

Lindsay Lohan baling telur dan pizza ke arah paparazzi

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan
Lindsay Lohan

BINTANG 'Mean Girls' Lindsay Lohan sekali lagi buat hal dengan membaling telur ke arah paparazzi yang mengekorinya.

Ini sekali gus menjadikannya kali kedua dia berbuat demikian dalam tempoh sebulan.

Insiden tersebut berlaku pada 7 Mei, menurut laporan akhbar, iaitu beberapa minggu selepas dia bertengkar dengan seseorang di luar rumahnya di California.

Kali ini, Lohan, 22, dan seorang kawan berselindung di rumahnya dan kemudian muncul kembali dengan membawa bersama telur dan pizza.

Tanpa berlengah lagi, selebriti itu terus membaling paparazzi dengan telur dan pizza. Paparazzi tersebut telah mengekorinya selepas keluar malam di Hollywood.

Bagaimanapun, balingan Lohan itu tersasar dan makanan tersebut mengotori keretanya, Rolls Royce.

Artikel Lain