suria

Ibu Dev restui hubungannya dengan Freida Pinto

Pasangan Dev dan Freida sering menafikan yang mereka intim.
Pasangan Dev dan Freida sering menafikan yang mereka intim.
Pasangan Dev dan Freida sering menafikan yang mereka intim.

ANITA Patel, ibu kepada Dev Patel, pemenang anugerah Oscar filem 'Slumdog Millionaire', akhirnya bersuara dan memberi restu hubungan anaknya dengan bintang baru Freida Pinto.

Bagi Anita, kehidupan Dev setelah bertemu Freida 'adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu.'

Namun di sebalik restu yang diberikan kepada Dev dan Freida, pasangan romantis ini seringkali menafikan mereka mempunyai apa-apa hubungan.

Dev dan Freida juga merupakan pasangan layar perak dalam filem 'Slumdog Millionaire.'

"Kemesraan yang terjalin antara merek berdua sungguh ketara terutama dalam kiriman gambar yang memperlihatkan mereka sedang makan tengahari dalam keadaan intim di Israel minggu lepas," kata sebuah laporan.

Kata Anita lagi, "Mulanya ia sekadar sebuah lakonan di dalam filem tapi kini ia berubah ke kehidpan realiti pula. Saya sungguh gembira melihat Dev bahagia kini.

"Freida sungguh jelita dan saya benar-benar gembira melihat mereka berdua. Ya, kami tahu Dev terbang ke Israel untuk bertemu Freida," kata Anita.

Hubungan cinta mula berputik di set pengambaran filem 'Slumdog Millionaire' arahan Danny Boyle.

Artikel Lain