suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cubaan tunjuk bakat menari undang kebencian, peminat malu tengok aksi ghairah Sabrina Carpenter

Sabrina teruja menari seorang diri di atas pentas.

AKSI tarian solo penyanyi Sabrina Carpenter ketika mengadakan konsert di Los Angeles mengundang rasa kurang senang peminat.

Menerusi video yang tular di laman X, Sabrina dilihat melakukan gerakan kurang sopan dengan berlutut sambil memegang rambut dan mengoyangkan mikrofon di tangannya.

Sabrina melakukan aksi tersebut semasa menyanyikan lagu baharunya berjudul Juno.

sabrina 1

Antara aksi meloyakan yang dilakukan Sabrina.

Walaupun segelintir peminatnya mempertahankan aksi tersebut namun ramai mengkritik tarian Sabrina tidak sesuai untuk tontonan umum apatah lagi penyanyi itu ramai peminat dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.

Malah ada mendakwa Sabrina sengaja melakukan gerakan menggairahkan untuk mendapatkan perhatian ramai selain ingin membuang imejnya sebagai bintang saluran Disney sebelum ini.

“Sabrina nak buktikan dia sudah dewasa ke sekarang? Kenapa bekas bintang Disney macam ini?

ARTIKEL BERKAITAN: Kek hari jadi curi tumpuan, Sabrina Carpenter sindir Leonardo DiCaprio

ARTIKEL BERKAITAN: Demi konsert Sabrina Carpenter, peminat wanita sanggup kencing atas lantai

"Rimas tengok penyanyi wanita beraksi macam pelacur ketika di atas pentas. Tak perlu buat aksi ghairah demi perhatian.

"Ibu bapa tidak sepatutnya bawa anak-anak mereka menonton konsert Sabrina selepas ini," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain