suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada semua bukti dan saksi, Baim Wong ketawa dengar penafian isteri berlaku curang

Baim hanya mampu ketawa mendengar penafian Paula.

PELAKON Baim Wong tidak dapat menahan ketawa mendengar kenyataan Paula Verhoeven menafikan dakwaan dia berlaku curang.

Perkara itu didedahkan penguam mewakili Baim iaitu Fahmi Bachmid selepas video yang dimuat naik Paula tular di media sosial.

"Saya dan Baim hanya ketawa saja melihat video dia menafikan dakwaan itu," katanya.

paula3 - 1

Peguam memberitahu Baim mempunyai bukti kukuh perlakuan curang Paula.

Dalam pada itu, Fahmi menegaskan Baim atau Muhammad Ibrahim, 43, mempunyai bukti kukuh mengenai perlakuan curang isterinya.

Justeru, Fahmi menasihati Paula untuk berhenti bercakap kosong dan mematuhi proses undang-undang berhubung penceraian mereka.

"Silakan cakap apa sahaja, yang ada bukti dan saksi adalah Baim.

"Saya tahu proses hukum, teruskanlah menafikan atau menuduh sesuka hati. Baim akan pasti jawab semua," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Paula Verhoeven jawab dakwaan curang Baim Wong, banyak kekurangan sebagai isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Proses sulh gagal capai kata sepakat, Baim Wong nekad cerai Paula Verhoeven

Sebelum ini, Paula, 37, menegaskan tidak pernah berlaku curang terhadap suaminya sepanjang enam tahun mereka berkahwin.

Pada 7 Oktober lalu, Baim memfailkan cerai terhadap Paula di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia.

Untuk rekod Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018.

Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain