suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baim Wong fail cerai terhadap isteri, terjawab khabar angin keretakan rumah tangga

Baim memfailkan cerai terhadap Paula pada Isnin.

SPEKULASI keretakan rumah tangga pelakon Baim Wong akhirnya terjawab apabila aktor itu dilaporkan memfailkan cerai terhadap isterinya, Paula Verhoeven pada Isnin.

CNN Indonesia melaporkan permohonan cerai itu dibuat di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia.

Perkara itu disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Baim.

Copy of Untitled - 2024-10-08T145840.892

Pasangan ini dilaporkan sudah tidak tinggal sebumbung.

"Betul iya, Baim ada failkan penceraian," katanya.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga pasangan ini menjadi bualan hangat netizen selepas Paula dilihat menunaikan ibadah umrah bersendirian tanpa kehadiran Baim.

Pasangan itu bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubungan perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong mengaku jarang balik rumah, jawab gosip sedang berdepan masalah rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga Baim Wong didakwa sedang bergolak, tidak lagi tinggal bersama isteri dan anak-anak

Bukan itu sahaja, Baim turut mengakui sudah jarang pulang ke rumah dan sering tidur di pejabat.

Untuk rekod, Baim dan isteri iaitu Paula Verhoeven telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain