suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niel ditumbuk ketua kumpulan Teen Top, pengering rambut jadi punca pergaduhan

Niel buka kisah lama jadi mangsa pukul.

ANGGOTA Teen Top iaitu Niel mendedahkan dia pernah ditumbuk oleh bekas ketua kumpulan tersebut hanya disebabkan berbalah mengenai pengering rambut.

Niel memberitahu bekas ketua kumpulan Teen Top iaitu CAP tidak berpuas hati apabila dia mahu menggunakan alat tersebut sebelum menumbuk mukanya sehingga mengalami kecederaan.

"Puncanya disebabkan perkara kecil yang pada saya sangat remeh.

cap 1

C.A.P (kiri) merupakan antara anggota awal Teen Top.

"Ketika itu dia sedang keringkan kaki menggunakan hari dryer dan saya kemudiannya mengambil alat tersebut untuk mengeringkan rambut.

"Disebabkan itu sahaja dia tidak berpuas hati dan kami bergaduh sebelum dia bangun dan tiba-tiba menumbuk wajah saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu jual buku, lelaki sanggup menipu mengaku bapa Jennie Blackpink

ARTIKEL BERKAITAN: Menggigil makan ramen, tak fasal-fasal Jeon Jong Seo dituduh ambil dadah

Niel mendedahkan perkara itu ketika muncul dalam sebuah program di Seoul, Korea Selatan.

Salah faham itu bagaimanapun tidak berpanjangan apabila mereka berdamai selepas keluar makan bersama.

Disebabkan kejadian itu, Niel memberitahu dia terpaksa membuat kemunculan dalam sebuah program televisyen dalam keadaan bibirnya bengkak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain