suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menggigil makan ramen, tak fasal-fasal Jeon Jong Seo dituduh ambil dadah

Jong badan menggeletar dituduh ambil dadah.

GARA-GARA berkongsi video sedang menikmati ramen bersama sahabatnya, pelakon Jeon Jong Seo menerima kecaman netizen.

Menerusi satu perkongsian video di saluran Youtube milik Jang Yoon Joo, Jong Seo dilihat kusyuk menikmati hidangan itu namun riak wajahnya pula menjadi bualan penonton.

Jong, 30, dilihat seperti tidak normal kerana nampak gelisah dan tangan menggigil.

830 x 533 - 1

Jong Seo dikecam gara-gara badanya gigil.

"Maaf kenapa macam ada sesuatu tentang matanya dan kelihatan tak normal.

"Kenapa tangannya kelihatan menggeletar teruk," komen netizen.

Ekoran reaksi Jong Seo itu, netizen mula membuat andaian dan dakwaan kononnya pelakon filem Burning itu mengambil barang terlarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Jeon Jong Seo pula dituduh kaki buli, suka curi pakaian sukan pelajar

ARTIKEL BERKAITAN: Tampar kawan 90 minit tanpa henti palsu, pelakon ‘Marry My Husband‘ pernah dibuang sekolah sebab membuli

"Dia ni macam tengah ambil dadah, kalau tak kenapa gigil macam ni," tulis netizen.

Namun sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain