suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jeremy Jackson dedah sikap pelik, suka cium bikini pelakon ‘Baywatch‘

Jeremy (kiri) terbuka berkongsi kisah nakal ketika zaman remaja.

PELAKON Jeremy Jackson secara terbuka mendedahkan dia pernah melakukan beberapa perkara pelik ketika terlibat dalam penggambaran drama bersiri Baywatch yang popular sekitar tahun 1990-an.

Jeremy, 43, memberitahu dia pernah menyelinap masuk ke bilik persalinan demi mencium pakaian dalam atau bikini yang dipakai pelakon wanita.

"Boleh dikatakan saya telah mencium bau semua kemaluan wanita dalam Baywatch," katanya.

jeremy 2

Jeremy (kanan) mula berlakon drama Baywatch pada usia 10 tahun.

Jeremy mendedahkan perkara itu ketika muncul dalam program After Baywatch: Moment in the Sun.

Menurutnya yang ketika itu baru berusia 10 tahun, dia sukar untuk melawan nafsu apabila melihat wanita berpakaian seksi di sekitar set penggambaran.

"Melalui proses akil baligh ketika itu sangat menyakitkan. Saya terlalu muda untuk bersama pelakon wanita lain, tetapi cukup matang ke arah tersebut," ujar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Squid Game‘ buat rayuan kurangkan hukuman, Oh Young Soo menyesal lakukan gangguan seksual

ARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan Angelina Jolie dan Brad Pitt secara sah dapat kebenaran gugur nama bapa

Malah dia juga memberitahu pernah merasai saat intim bersama pelakon Nicole Eggert.

Baywatch merupakan sebuah drama yang mengisahkan kehidupan penyelamat pantai yang mendapat sambutan hangat ketika ditayangkan.

Selain Jeremy pelakon lain yang turut terlibat adalah David Hasselhoff, Pamela Anderson, Yasmine Bleeth dan Nicole.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain