suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tinggalkan dunia glamour, Tengku Firmansyah kini tukang besi di Kanada

Firmansyah kongsi fotonya yang comot selepas pulang kerja.

KEHILANGAN pelakon Tengku Firmansyah dari dunia hiburan akhirnya terjawab apabila dia muncul dengan foto terbaharu di Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon berusia 46 tahun itu terlihat gembira dengan kehidupan baharunya di Kanada.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian netizen yang rata-rata ingin mengetahui kehidupan baharu pelakon berkenaan.

f 1

Firmansyah kongsi kehidupan di Kanda bersama keluarga.

Tanpa berselindung, Firmansyah memberitahu dirinya kini berkerja sebagai tukang besi di negara itu.

"Tukang besi... biar muka comot tapi seronok boleh pakai seluar pendek ketika berkerja," kongsinya.

Jawapan tersebut bagaimanapun tidak memuaskan hati netizen memandangkan pelakon itu dilihat menjalani hidup yang menyenangkan di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Malu anak-anak tahu kena tangkap sebab dadah, Virgoun terpaksa menipu sedang sakit di hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Tiko Aryawardhana selesai beri keterangan isu seleweng duit, minta jangan kaitkan nama Bunga Citra Lestari

Namun mereka berharap pelakon itu terus cekal menetap di luar negara.

Pada April lalu, Firmansyah bersama isterinya iaitu Cindy Fatika Sari memilih untuk berpindah ke Kanada.

Ia ekoran dua orang anak-anaknya mahu melanjutkan pelajaran di negara itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain