suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon ‘Seinfeld’ meninggal dunia dalam pelukan isteri

Hiram meninggal dunia akibat derita kanser prostat.

PELAKON sitkom Seinfeld iaitu Hiram Kasten meninggal dunia akibat menderita kanser prostat.

Menerusi sebuah perkongsian di Facebook milik Hiram, pelakon berusia 71 tahun itu meninggal dunia dalam pelukan isterinya, Diana Kisiel Kastenbaum hanya beberapa jam selepas menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-38.

Hiram dikenali sebagai pelawak terkenal di Amerika Syarikat.

Hiram dikenali sebagai pelawak terkenal di Amerika Syarikat.

Berita kematian aktor berkenaan dimuat naik pada petang Ahad yang memberitahu Kasten sudah lama bertarung dengan pelbagai komplikasi kesihatan sejak 2017 termasuk kanser prostat dan penyakit crohn.

Meskipun hanya muncul dalam beberapa episod siri Seinfeld pada 1993 hingga 1994 dengan membawakan watak Michael, Hiram menjalin hubungan akbrab bersama pelakon utama siri berkenaan iaitu Jerry Seinfeld.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon 'Captain Marvel' meninggal dunia selepas 5 tahun derita ALS

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon remaja filem 'Dangal' meninggal dunia akibat penyakit pelik, ibu bapa dedah punca kematian

Rasa cinta terhadap dunia hiburan tidak pernah membuatkan Hiram mengabaikan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak-anak.

Menurut perkongsian yang dibuat juga, Hiram dikatakan seorang ketua keluarga yang hebat dan bapa penyayang kepada anak perempuannya iaitu Milicent Jade Kastenbaum.

Selain Seinfeld, Hiram turut terlibat dalam beberapa siri sitkom 90-an termasuk Saved By the Bell, The Fresh Prince of Bel-Air, Cybill, Mad About You dan Everybody Loves Raymond.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain