suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gelagat selamba Taylor Swift jilat dan buang hingus atas pentas buat peminat loya

Taylor selamba lap hingus pada baju semasa konsert.

NIAT mahu berseronok menonton konsert Taylor Swift bertukar loya selepas melihat aksi pengotor penyanyi tersebut di atas pentas.

Menerusi video yang tular di media sosial, Taylor dilihat membuang hingus menggunakan tangan sebelum mengelapnya pada skrit pendeknya.

Tidak hanya itu, penyanyi berusia 34 tahun itu juga dilihat menjilat hingusnya yang mengalir keluar sebelum meneruskan nyanyian.

hingus

Antara kejadian yang dirakam peminat ketika konsert Taylor.

Difahamkan kelakuan pengotor itu dilakukan Taylor semasa mengadakan konsert di United Kingdom pada 9 Jun lalu.

Perkara itu menimbulkan rasa jijik dalam kalangan penonton sekali gus menganggap Taylor seorang yang pengotor.

Namun ada juga yang membelanya dengan menyifatkan tindakan itu sebagai tanda sikap profesional Taylor dalam melakukan persembahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan Taylor Swift punya fasal, Kim Kardashian hilang 500,000 pengikut IG

ARTIKEL BERKAITAN: ‘So Long London’ buat peminat Taylor Swift marah, Joe Alwyn tutup komen IG

"Jijiknya! Dia patut lakukan itu semasa mandi bukan atas pentas.

"Hingus dia tergantung pada baju dia... dia pengotor!

"Dia tetap manusia dan cuba lakukan terbaik untuk kerja dia, biasalah itu," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain