suria

Dalam diam-diam, agensi sahkan Han So Hee bakal sambung pengajian di sebuah universiti di Perancis

So Hee sah menerima tawaran sambung pelajaran ke Perancis.

AGENSI pelakon Han So Hee iaitu 9ato Entertainment mengesahkan bahawa aktres berkenaan bakal menyambung pengajian di sebuah universiti di Perancis.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dibuat pada Rabu, agensi So Hee berkata pihaknya tidak boleh mendedahkan butiran lanjut berkenaan jurusan yang diambil dan nama universiti atas sebab peribadi.

han - 1

Netizen sebelum ini meragui kenyataan So Hee berkenaan tawaran diterima melanjutkan pelajaran ke Perancis.

"Semua kenyataan yang dibuat oleh Han So Hee sebelum ini mengenai penerimaan masuk ke universiti di Perancis adalah benar.

"Bagaimanapun sukar untuk kami mendedahkan butiran khusus kerana ia adalah perkara peribadi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak tahan tekanan, Han So Hee dan Ryun Jun Yeol berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat risau Han So Hee semakin liar, dituduh ‘lalok’ di Minggu Fesyen Paris

Sebelum ini, So Hee muncul menerusi saluran YouTube penerbit Nah Yung Suk dan pelakon Park Seo Joon untuk mempromosikan drama baharu mereka berjudul Gyeongseong Creature.

Sewaktu temu bual, So Hee membincangkan tentang kisah lalu dan bagaimana dia masuk ke dalam dunia hiburan.

Kata So Hee, dia memulakan kerjaya sebagai pelakon pada usia 25 tahun dan sebelum itu aktres berkenaan merancang untuk melanjutkan pelajaran di Perancis.

Pun begitu, timbul kontroversi apabila netizen mendapati So Hee dilihat tidak berkongsi sebarang kemas kini berhubung proses pendaftaran pengajiannya di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain