suria

Sharon Stone kena saman RM160,000, memandu lebih had laju sehingga berlaku kemalangan

Sharon didakwa kerana memandu secara merbahaya.

PELAKON Sharon Stone disaman sebanyak RM166,000 (ASD$35,000) atas kesalah memandu melebihi had laju ditetapkan sehingga menyebabkan kemalangan di Los Angelas pada Jun tahun lalu.

Saharon, 66, didakwa memandu kenderaan peribadinya secara tidak selamat di laluan keluar lebuh raya A.S. Route 101 di Coldwater Canyon Avenue.

Copy of Untitled (32)

Kecuaian Sharon mengendali kereta membawa padah.

Tuduhan dibuat oleh seorang pengguna jalan raya lain yang terlibat dengan insiden berkenaan menerusi satu aduan pada 24 April lalu.

Dalam laporan aduan itu, Sharron didakwa dengan lalai mengendalikan kenderaan sehingga menyebabkan pelanggaran ketika membuat pusingan secara tidak selamat ke susur keluar dan bertembung dengan kenderaan lain.

Laporan turut mengesahkan Sharon melanggar tiga peraturan kenderaan California termasuk memandu terlalu laju, membuat pusingan secara merbahaya dan menukar lorong secara mengejut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharon Stone Berpakaian Tidak Senonoh

ARTIKEL BERKAITAN: Sharon Stone Akui Berasa Hodoh Selepas Pembedahan

Bukan itu sahaja, pengadu turut menuntut ganti rugi harta benda, tekanan emosi dan kerugian bukan ekonomi susulan berdepan kemalangan tersebut.

Bagaimanpun sehingga kini pelakon Basic Instint berkenaan masih belum memberikan respon berhubung saman dan tuntutan mahkamah terhadapnya.

Untuk rekod, Sharon Stone memulakan kerjaya lakonannya bermula awal 80-an menerusi filem Stardust Memories.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain