suria

Lesti Kejora tak cemburu suami lakon adegan mesra dengan wanita lain... “Biar masyarakat menilai”

Lesti akui tak cemburu dan faham tugas suaminya, Rizky.

BAGAI mimpi jadi kenyataan, pasangan selebriti Lesti Kejora dan Rizky Billar meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang bergandingan bersama dalam projek terbaharu.

Pasangan ini membawa watak utama dalam sinetron Aku Mencintaimu Karena Allah yang bersiaran sepanjang Ramadan ini.

Bukan kali pertama bergandingan bersama dalam drama, Rizky berkata proses penggambaran berjalan lancar kerana tiada kesukaran untuk mereka mencipta keserasian.

Untitled design (24)

Lesti akui tidak cemburu apabila melihat adengan mesra suaminya dengan pelakon lain.

"Sebelum ini kami pernah bekerjasama dalam projek lain, tapi kali ini karakter yang kami bawakan agak berbeza.

"Saya bersyukur kerana bekerja dengan isteri saya, Lesti memudahkan kami untuk membina keserasian yang sedia ada," kata Rizky.

Sementara itu, Lesti turut bersyukur kerana dapat bergandingan bersama suaminya, dibantu kru yang komited.

ARTIKEL BERKAITAN: Terfikir tambah cahaya mata... Lesti dan Rizky Billar tukar nama anak pertama elak cemburu

ARTIKEL BERKAITAN: Lesti Kejora dirakam nampak ‘sedih’, netizen mula buat spekulasi isu rumah tangga

"Terima kasih kerana sudah memilih untuk menyatukan kami berdua dalam projek ini.

"Saya sangat gembira... setiap kali masuk ke set pengambaran apabila dapat melihat kesungguhan dari semua kru," kata Lesti.

Ditanya apakah perasaannya melihat suami melakukan adegan mesra bersama pelakon wanita lain, Lesti berkata dia sama sekali tidak berasa cemburu.

Untitled design (23)

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata.

Ini kerana dia percaya suaminya sentiasa bersikap profesional dan hanya memenuhi keperluan watak.

"Kami berada di lokasi pengambaran yang sama, pasti Rizky melihat prestasi lakonan dalam setiap babak.

"Sekiranya ada kekurangan, biar masyarakat yang menilai," ujarnya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga sejak 2021 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhammad Levian Al-Fatih Billar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain