suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tampil sedondon di parti pra-Grammy, cinta Kim Kardashian dan bekas kekasih kembali bertaut selepas 14 tahun

Kim dan Odell tampil sedondon ketika menghadiri parti pra-Grammy anjuran Jay Z.

BINTANG realiti Kim Kardashian dilaporkan kembali menjalinkan hubungan cinta bersama bekas teman lelakinya iaitu Odell Beckham Jr.

Khabar angin mereka kembali bersama bertiup kencang selepas kelibat pasangan itu dilihat sedang berdua-duaan ditempat letak kereta.

Pertemuan itu berlaku ketika mereka sama-sama menghadiri acara pra-Grammy yang dianjurkan penyanyi rap Jay Z di West Hollywood.

Kim dan Odell dilapor kembali bercinta.

Kim dan Odell dilaporkan kembali bercinta.

Kim dan Odell juga dilihat tampil sedondon ketika menghadiri parti berkenaan.

Bagaimanapun kedua-dua mereka memilih mengunci mulut mengenai perkembangan terbaharu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji Kim Kardashian awet muda, tak percaya dah nak masuk 43 tahun... Tapi netizen kata hidung dan bibir nampak berbeza

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian tampil memukau pakai bikini ‘glow in the dark’, siap tulis kapsyen minta muhasabah diri

Kim dan juga Odell sebelum ini dilapor bertemu buat pertama kali selepas sekian lama pada September tahun lalu.

Malah Kim dilaporkan menghadiri majlis hari jadi Odell pada November tahun lalu di New York.

Untuk rekod, pasangan itu menjalinkan hubungan cinta pada 2007 namun berpisah pada 2010.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia