suria

Agensi mohon maaf tipu kematian Poonam Pandey, niat mahu tingkatkan kesedaran kanser serviks 

Poonam tampil mohon maaf dan menjelaskan dia masih lagi hidup.

PADA 2 Februari lalu, industri perfileman Bollywood dikejutkan dengan berita kematian model dan pelakon Poonam Pandey akibat kanser.

Bagaimanapun berita itu rupa-rupanya sekadar palsu yang dilakukan sendiri oleh pihak pengurusan Poonam iaitu Schbang.

Menerusi kenyataan di Instagram, Schbang memohon maaf atas tindakan itu khususnya kepada pesakit yang sedang berjuang melawan kanser.

poonam - 1

Berita kematian Poonam dimuat naik di Instagram miliknya.

Jelas syarikat itu, kontroversi itu sengaja dicetuskan dengan tujuan meningkatkan kesedaran tentang kanser serviks kepada orang ramai.

"Ya kami terlibat dalam inisiatif untuk Poonam menyebarkan kesedaran tentang kanser serviks dengan kerjasama Hauterfly.

"Sebagai permulaan, kami ingin memohon maaf seikhlasnya terutama kepada mereka yang pernah menghadapi atau mempunyai ahli keluarga pesakit kanser.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambutan hari jadi pelakon Tamil bertukar tragedi, tiga peminat maut semasa gantung 'banner' ucapan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Bollywood Tunisha Sharma ditemukan tidak bernyawa di set penggambaran drama

"Tindakan kami didorang oleh misi tunggal iaitu untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser serviks. Pada 2022, India mencatatkan 123, 907 kes kanser serviks dengan 77,348 daripada berakhir dengan kematian," katanya.

Sebelum ini, pihak pengurusan Poonam mengumumkan berita kematiannya akibat kanser serviks yang mencetuskan tanda tanya orang ramai.

Bagaimanapun, pelakon itu kemudiannya menjelaskan berita kematian itu adalah palsu dan mendedahkan bahawa tindakan itu adalah percubaan untuk mencetuskan perbualan mengenai kanser serviks.

Tindakan pelakon itu menerima kecaman teruk di media sosial apabila disifatkan mengambil langkah melampau dengan memalsukan kematian demi secebis publisiti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain