suria

Kim Kardashian tampil memukau pakai bikini ‘glow in the dark’, siap tulis kapsyen minta muhasabah diri

Kim tampil berbikini glow in the dark.

SELEBRITI Kim Kardashian sekali lagi menarik perhatian netizen apabila tampil dengan pakaian berkonsepkan bikini glow in the dark.

Kim berkongsi penampilan terbaharunya itu yang mempamerkan susuk tubuh menawan yang dilihat bercahaya dalam gelap.

Menerusi perkongsian foto yang dibuat di Instagram miliknya, bintang realiti berusia 42 tahun itu dilihat bergaya santai sambil memakai cermin mata hitam dengan kapsyen 'muhasabah diri'.

kim1 - 1

Penampilan terbaharu Kim menarik perhatian ramai.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan yang dimiliki oleh bintang realiti berkenaan, namun ada yang meneka Kim seperti memberi bayangan bakal mengeluarkan produk koleksi neon tidak lama lagi.

"Hari demi hari awak kelihatan sangat cantik dan menarik.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kali nafi buat pembedahan pada wajah, Kim Kardashian kantoi jumpa pakar bedah plastik

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian teruja guna filter TikTok, lega masih nampak cantik walau muka berkedut dan rambut beruban

"Guys, ini hanya spoiler. Kim akan melancarkan koleksi neon terbaharu yang tidak pernah lagi dibuat," tulis netizen.

Bagaimanapun, ada pula netizen yang menganggap Kim sering mencari perhatian sewaktu dirinya sudah tidak lagi relevan dalam industri hiburan.

"Kim tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi dan cuba untuk membuat macam-macam perkara pelik. Maaf Kim zaman anda sudah berakhir," kata netizen.

Sebelum ini, Kim mencetuskan kontroversi apabila dilihat berkunjung ke sebuah klinik pembedahan plastik.

Meskipun sering menafikan khabar angin melakukan pembedahan plastik pada wajahnya, namun Mirror melaporkan Kim ada bertemu dengan pakar kosmetik terkenal iaitu Dr Diamond.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain