suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Kardashian teruja guna filter TikTok, lega masih nampak cantik walau muka berkedut dan rambut beruban

Kim mengaku masih cantik walaupun wajah berusia.

SELEBRITI terkenal Kim Kardashian mengakui dirinya masih kelihatan cantik meskipun wajah sudah tua dan rambut dipenuhi uban.

Memetik laporan The Mirror, bintang realiti berusia 42 tahun itu membuat pengakuan berani itu selepas menggunakan filter di aplikasi TikTok memperlihatkan wajah yang berkedut dengan rambut beruban.

Filter tersebut memaparkan kepada pengguna dua skrin berbeza iaitu satu menunjukkan wajah sebenar mereka dan satu lagi versi apabila sudah tua.

kim1 - 1

Kim pernah bimbang memikirkan tentang penuaan.

Menerusi klip pendek itu, Kim dengan wajah polos tanpa solekan memakai pelekat bawah mata untuk menghilangkan lingkaran hitam dilihat hanya memakai baju tidur berwarna coklat.

Selebriti itu mengibas rambutnya yang basah sambil mencuba beberapa posisi yang berbeza di hadapan kamera.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Leonardo DiCaprio, Kim Kardashian pula disiasat FBI berhubung skandal 1MDB

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pekerja dedah Kanye West suka tayang gambar bogel Kim Kardashian, tonton video lucah ketika mesyuarat

Dalam pada itu, Kim cuba untuk menahan ketawa sambil berkata, "Saya kelihatan cantik, bukan".

Anak perempuannya iaitu North West, 10, kemudian melompat kearahnya dan Kim terkejut apabila North tidak kelihatan tua biarpun memakai filter tersebut.

"Awak tidak kelihatan tua... bagaimana mungkin," katanya.

Kim berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya dan anak iaitu @kimandnorth.

Dalam video berkenaan Kim turut menulis kapsyen 'Gorgeous Award'.

Sebelum ini, Kim mengakui setiap hari dia berasa bimbang apabila memikirkan tentang penuaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain