suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seluar terkoyak atas pentas, pihak berkuasa Riyadh arah persembahan Iggy Azalea ditamatkan serta-merta

Iggy memohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat meneruskan persembahan.

PENYANYI rap Iggy Azalea terpaksa menamatkan persembahannya serta merta ketika tampil di sebuah konsert di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini susulan seluar yang dipakai koyak ketika berada di atas pentas.

Iggy atau Amethyst Amelia Kelly, 33, bagaimanapun meminta peminat tidak menyalahkan pihak penganjur susulan persembahannya dibatalkan.

Sebaliknya kata Iggy, dia dimaklumkan arahan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

iggy 2

Iggy menutup pahanya dengan kain sebelum menerima arahan tamatkan persembahan.

"Saya mohon maaf kerana tidak dapat menghabiskan persembahan. Ia bukan salah penganjur dan tolong jangan marah mereka.

"Mereka sangat baik dan mahu meneruskan acara namun tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa gara-gara seluar saya terkoyak," katanya.

Iggy menulis perkara itu menerusi laman X (Twitter) miliknya bagi menjelaskan situasi sebenar selepas penganjur menerima pelbagai kecaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Identiti lelaki bertatu jadi tanya tanya, keluar makan dengan Britney Spears sampai 1 pagi

Dalam pada itu, Iggy berkata, dia cuba menukar pakaian namun tindakannya lantang bersuara di atas pentas turut dikatakan menjadi punca pihak berkuasa membatalkan persembahannya.

Pada acara tersebut, seluar dengan fabrik getah yang dipakai oleh Iggy terkoyak hingga menampak bahagaian pahanya.

Sedar dengan kejadian itu, dia kemudian duduk sambil meminta bantuan orang yang berada di belakang pentas untuk membawakan kain bagi penutup bahagian terbuka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia