suria

Pelakon Squid Game berdepan hukuman penjara setahun, sangkal raba dan cium wanita tanpa kerelaan

Pelakon Squid Game berdepan hukuman penjara setahun.

PIHAK pendakwa raya Korea Selatan meminta hukuman penjara selama setahun terhadap pelakon siri Squid Game iaitu Oh Young Soo atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita pada 2017.

Semasa perbicaraan terakhir pada 2 Februari lalu, Pejabat Pendakwa Daerah Suwon di daerah Seongnam memohon hukuman berkenaan selain menghalangnya daripada bekerja dengan golongan bawah umur.

"Dia mengelak daripada tanggungjawab dan memberitahu mangsa seperti anaknya," kata pendakwa raya.

Young Soo didakwa atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

Young Soo didakwa atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

Permohonan itu susulan wanita berkenaan memfailkan aduan terhadap aktor berusia 79 tahun itu tiga tahun lalu sebelum pelakon berkenaan didakwa atas tuduhan salah laku seksual pada November 2022.

Dakwa wanita yang tidak didedahkan identitinya itu, Young Soo meraba dan mencium pipinya tanpa kerelaannya ketika menyertai sebuah persembahan jelajah.

Sementara itu, Young Soo menafikan dakwaan dibuat terhadapnya dan menganggap kes itu sudah memusnahkan seluruh hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Squid Game, O Yeong-su raih trofi Golden Globe Award 2022

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon 'Squid Game' dituduh cabul wanita, dakwa hanya pegang tangan keliling tasik

"Ia sangat menyakitkan dan sukar untuk saya berada dalam situasi pada usia sebegini.

"Sungguh menyedihkan jika sisa hayat saya berakhir dengan perkara menyedihkan," katanya.

Peguam pelakon itu bagaimanapun menegaskan cadangan hukuman berkenaan tidak berasas memandangkan terdapat kekurangan bukti selain kenyataan bercanggah mangsa.

Yong Soo berjaya membawa watak dengan baik dalam Squid Game.

Young Soo berjaya membawa watak dengan baik dalam Squid Game.

Kes tersebut ditetapkan untuk dibicarakan semula pada 15 Mac depan.

Pada 2022, Young Soo menjadi pelakon Korea Selatan pertama yang menerima trofi Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik di Anugerah Golden Globe menerusi lakonannya menerusi Squid Game.

Tidak terhenti di situ, Young Soo juga dicalonkan bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Emmy ke-74.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain