suria

Adik Cha Eun Woo jadi perhatian netizen, bukan sahaja kacak tapi pintar dalam pelajaran

Adik Eun Woo (kiri) bukan sahaja kacak tetapi bijak.

ADIK kepada pelakon dan penyanyi Cha Eun Woo tiba-tiba menjadi perhatian di media sosial selepas foto wajah kacaknya tersebar.

Tidak hanya wajah kacak, hasil carian turut mendapati jejaka berkenaan merupakan seorang yang pintar dalam bidang akademik.

Dilahirkan pada 1999, pemuda berusia 24 tahun itu dilaporkan sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

chaa - 1

Eun Woo pernah menjadi ketua pelajar dan pelajar terbaik dalam bahasa Inggeris.

Menerusi kad pelajar yang tersebar di platform media sosial Xiaohongshu, Lee (nama keluarga Eun Woo) merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Fudan, China.

Antara sembilan universiti terbaik di China, netizen memuji adik anggota kumpulan Astro itu yang dikatakan mempunyai latar pendidikan cemerlang dan mengagumkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar konsert biasa, Cha Eun Woo janji buat penonton jatuh cinta kepadanya dalam tempoh 10 minit

ARTIKEL BERKAITAN: Datang klinik siap bawa foto rujukan, pakar bedah plastik akui ramai pelanggan lelaki idam wajah seperti Jin BTS dan Cha Eun Woo

Malah netizen turut membuat perbandingan sejarah akademik Eun Woo yang sebelum ini pernah menjadi ketua pelajar dan ketua kelas selama beberapa tahun.

Malah ketika di sekolah menengah, Eun Woo juga merupakan ketua pasukan bola sepak dan bola keranjang.

Tidak hanya aktif dalam bidang sukan, penyanyi lagu Love So Fine itu juga merupakan pelajar cemerlang Bahasa Inggeris yang sering menyertai aktiviti intelektual seperti pertandingan debat.

Netizen membuat kesimpulan, adik-beradik Eun Woo bukan sahaja kacak tetapi mereka juga mempunyai otak yang cerdas dan bijak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain