PELAKON asal Taiwan iaitu Carol Wan menjadi mangsa keganasan rumah tangga selepas dibelasah teruk oleh suaminya baru-baru ini. Kejadian berlaku di sebuah jalan di daerah Taipei selepas dia dan suaminya keluar makan malam bersama di sebuah restoran. Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lelaki berkenaan dilihat menendang Carol berulang kali selepas berlaku pertengkaran antara mereka. Carol enggan membuat laporan berhubung insiden dipukul suami. Sementara Carol pula ketika itu menahan dan sakit sambil menangis akibat dipukul. Meskipun begitu, aktres berkenaan enggan membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Dalam satu kenyataan Carol mengakui berlaku salah faham antara mereka memohon agar orang ramai menghormati privasi antara dia dan suami. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas jalani hukuman penjara akibat dadah, Ammar Zoni ceraikan Irish Bella ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar konsert biasa, Cha Eun Woo janji buat penonton jatuh cinta kepadanya dalam tempoh 10 minit "Pada hari itu kami terlebih dalam pengambilan alkohol dan menyebabkan pergaduhan menjadi lebih teruk. Kami saling bermaafan selepas tiba di rumah. Ia hanya salah faham dan konflik diselesaikan secara baik. "Saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Kami minta orang ramai menghormati privasi kami. Saya minta maaf kerana membuatkan ramai rasa tidak senang," ujar. Carol juga tidak mendedahkan identiti suaminya kepada orang ramai termasuk pihak berkuasa atas alasan lelaki berkenaan bukan seorang selebriti. Untuk rekod ini merupakan perkahwinan ketiga buat Carol namun tidak ramai yang tahu akan identiti lelaki berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!