suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berat badan turun secara mendadak, Kelly Clarkson tak terkejut diberitahu hidap pra-diabetes

Kelly amalkan diet yang sihat untuk mendapatkan berat badan ideal.

PENAMPILAN penyanyi Kelly Clarkson yang kurus secara mendadak menjadi perhatian sekali gus mengundang rasa bimbang peminatnya.

Kelly berkata dia terpaksa menurunkan berat badannya selepas doktor mengesahkan dia mula menunjukkan simptom pra-diabetes.

"Saya disahkan pra diabetes, saya tak terkejut dengan perkara itu.

kelly

Penampilan baharu Kelly menjadi bualan.

"Saya sudah agak memandangkan berat badan saya berlebihan. Doktor juga menegur saya," katanya memetik laporan People.

Kata Kelly, dia belum lagi berada di paras bahaya sebaliknya penyakit tersebut boleh dicegah sebelum melarat.

Menurut Kelly, dia mengamalkan pemakanan sihat dan mendengar nasihat daripada doktor bagi memastikan dia tidak terkena penyakit diabetes.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelly Clarkson mencari cinta tapi tak mahu kahwin lagi... Bimbang terlalu banyak kes cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Nak bercerai pun susah... Kelly Clarkson tertekan proses berpisah dengan Brandon Blackstock ambil masa lama

Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan tidak perah menjaga pemakanan sehinggalah dia mendapat teguran dari doktor yang merawatnya.

"Saya mendengar nasihat doktor dengan mengikut diet yang sihat. Tapi saya warga Texas yang suka memakan daging.

"Sekarang saya mahir dengan diet protein saya tapi sekarang saya seorang vegetarian," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia