suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paula Abdul saman penerbit American Idol, dakwa diserang secara seksual dalam lif

Paula mendakwa dirinya mengalami serangan seksual.

PENYANYI Paula Abdul memfailkan saman terhadap penerbit televisyen iaitu Nigel Lythgoe atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadapnya.

Reuters melaporkan Paula, 61, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Los Angeles County pada Jumaat lalu dengan mendakwa Lythgoe menyerangnya secara seksual di dalam lif ketika musim awal siri program realiti American Idol.

Lythgoe didakwa melakukan sentuhan fizikal termasuk meraba payudara dan kemaluan Paula di dalam lif hotel selepas selesai sesi uji bakat program tersebut.

paula - 1

Paula merupakan juri program realiti American Idol.

Difahamkan, Paula cuba untuk menolaknya dan berlari sebaik pintu lif terbuka.

Pun begitu, Lythogue menafikan dakwaan itu dan mengakui hubungan mereka sebelum ini tidak mempunyai sebarang masalah.

"Selama dua dekad Paula dan saya berinteraksi sebagai teman dan rakan sekerja dengan baik.

"Saya terkejut mengetahui tentang dakwaan ini dan ingin menjelaskan ia bukan sahaja palsu tetapi amat menyinggung perasaan saya," katanya kepada TMZ.

ARTIKEL BERKAITAN: Paula Abdul tunjuk taring depan pelajar 'American Idol'

ARTIKEL BERKAITAN: Simon Cowel, Paula Abdul Diganggu Makhlus Halus

Dalam pada itu, menurut laporan mahkamah, Paula segera melaporkan serangan tersebut kepada pihak pengurusannya tetapi tiada sebarang tindakan diambil kerana bimbang kontrak bersama American Idol tidak disambung.

Tidak hanya itu, Lythgoe sekali lagi melakukan perkara sama ketika Paula tampil sebagai juri So You Think You Can Dance.

Tuntutan itu mendakwa Lythgoe yang juga penerbit program tarian itu menyerangnya di atas sofa rumahnya di Los Angeles selepas makan malam.

Paula sekali lagi dengan tegas menolaknya dan segera meninggalkan kediaman penerbit tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain