suria

Taylor Swift diugut boikot hadir program amal Palestin, peminat ‘back up’ kecam pengacara

Taylor dikecam ?

GARA-GARA menghadiri satu program amal bagi mengumpul dana membantu rakyat Palestin, penyanyi Taylor Swift dikecam dan diminta boikot oleh segelintir netizen.

Selain Taylor, program tersebut juga difahamkan turut dihadiri oleh rakan artis iaitu Selena Gomez dianjurkan oleh pelawak Ramy Youssef bertempat di Brooklyn Academy of Music baru-baru ini.

Kehadiran penyanyi itu kurang disenangi beberapa penyokong pro Israel dan salah seorang pembaca berita FOX news iaitu Megyn Kelly juga menyelar pembabitan penyanyi itu dalam program berkenaan.

taylor new

Taylor dikecam dan diminta bokot kerana sokong Palestin

Malah, Megyn Kelly juga meminta supaya penyanyi itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh penduduk Israel kerana didakwa menyinggung perasaan mereka.

“Saya berharap mereka memboikot acaranya sampai dia mengeluarkannya kenyataan maaf, kerana menghadiri program yang salah,”kata Megyn Kelly.

Taylor bagaimanapun mengambil pendekatan mendiamkan diri berhubung isu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift sewa restoran, mahu berdua-duaan dengan Travis Kelce

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift beri bonus kepada 50 pemandu trak RM400,000... Konsert Eras Tour paling untung dalam sejarah

Menerusi media sosial, peminat setia penyanyi lagu Love Story itu tampil membidas kenyataan Megyn dan membela idola mereka supaya tidak terus dikecam pembaca berita berkenaan.

“Megyn Kelly akan kehilangan lebih banyak pengikut hanya dengan menyuarakan hal ini dibandingkan Taylor,” komen peminat di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain