suria

Buat muka lagi! Lucinta Luna bangga tayang wajah baharu, siap nak ‘spill’ nama hospital

Lucinta Luna bangga dengan wajahnya selepas selesai buat pembedahan plastik.

PERSONALITI media sosial dari Indonesia, Lucinta Luna mempamerkan perubahan pada wajahnya hasil pembedahan plastik terbaharu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Lucinta mempamerkan foto terbaharu memperlihatkan perbezaan terutamanya pada tulang pipi hingga ke hidung.

NP

Lucinta Luna bangga dengan wajah yang dimilikinya.

IntipSeleb melaporkan, Lucinta mengesahkan dia mempunyai muka baharu dan turut berkongsi nama hospital tempat dia melakukan pembedahan itu.

“Wajah baru... nak saya beritahu nama hospital di Indo-Korea,” tulis Lucinta di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna dakwa sudah kahwin di Thailand, nak fail cerai sebab Alan lebih suka main ‘game’

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna trauma dengan lelaki, sedar hanya ‘alat’ demi kepentingan diri

Pada 28 Julai lalu, Lucinta mengumumkan pertunangan bersama Alan yang diadakan di Bali, Indonesia.

Bagaimanapun pada 23 Oktober lalu, Lucinta mendedahkan mereka sudah berpisah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain