suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paris Hilton umum dapat anak kedua, beri nama London

Paris Hilton memuat naik foto pakaian bayi berwarna pink dengan tertulis perkataan London.

ANGGOTA keluarga Paris Hilton bertambah lagi apabila selebriti terkenal itu mengumumkan menimang cahaya mata kedua.

Paris, 42, turut memilih nama London untuk bayi perempuannya itu menerusi laman sosial Instagram miliknya pada Sabtu lalu.

Personaliti itu turut berkongsi video memperlihatkan dia mendukung anak lelakinya iaitu Phoenix yang teruja dengan kehadiran adik perempuannya.

1916187

Paris dan suami Carter Reum.

Turut kelihatan dalam video berkenaan adalah suami Paris iaitu Carter Reum.

Pada Januari lalu, Paris dan Carter mengumumkan kelahiran anak sulungnya mereka melalui kaedah ibu tumpang.

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton betul-betul hilang sabar! Bengang netizen ejek kepala anak

ARTIKEL BERKAITAN: Tayang foto bercuti di Hawaii, Paris Hilton dituduh tak sensitif tragedi kebakaran... Rupanya awal-awal dah buat sumbangan

Bagaimanapun Paris tidak mendedahkan kaedah London dilahirkan namun dipercayai menggunakan cara serupa.

Paris dan Carter mendirikan rumah tangga pada November 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain