suria

Tak serik! Shakira didakwa elak bayar cukai lagi, kali ini sebanyak RM33 juta

Shakira didakwa mengelak untuk membayar cukai.

KERAJAAN Sepanyol sekali lagi mendakwa penyanyi pop berasal dari Colombia iaitu Shakira mengelak membayar cukai buat kali kedua.

Menurut BBC News, pendakwa raya di negara itu memaklumkan penyanyi itu mengelak untuk membayar cukai sebanyak €6.7 juta (RM33.3 juta) pada tahun 2018.

Perkara tersebut berlaku apabila Shakira gagal mengisytiharkan tunai bayaran pendahuluan untuk Jelajah Dunia El Dorado bernilai jutaan euro dan beberapa pembayaran yang lain.

Shakira 1

Shakira didakwa elak bayar cukai sebanyak RM33.3 juta.

Pendakwa raya Sepanyol membuka siasatan kedua untuk penyanyi itu pada Julai 2023.

Rangkaian Sepanyol RTVE berkata, penyanyi berusia 46 tahun itu mengetahui pertuduhan baharu itu, bagaimanapun pasukan guamannya di Miami masih belum dimaklumkan mengenai perkara itu.

Ini kerana pasukan guamannya sedang memberi tumpuan kepada persediaan untuk perbicaraan bagi tahun fiskal 2012 hingga 2014 yang akan bermula pada 20 November depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Langgar perjanjian, Shakira halang Gerard Pique jumpa anak

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan 11 tahun terlerai akhirnya... Shakira sahkan perpisahan dengan Gerard Pique

Untuk info, Shakira berdepan sebanyak enam perbicaraan berkenaan dakwaan jenayah cukai di Barcelona pada November depan.

Dalam kes tersebut, dia telah dituduh gagal membayar cukai €14.5 juta (RM72.04 juta) antara 2012 dan 2014, namun dia berulang kali menafikan mengenai perkara itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain