suria

Tiada penyewa sejak beli 2 tahun lalu, Rain mahu jual bangunan di Gangnam RM488 juta 

Bangunan milik Rain dikatakan tiada pembeli.

TINDAKAN pelakon dan penyanyi Rain membeli sebuah bangunan komersial di kawasan elit Gangnam, Seoul langkah kurang tepat apabila ia kosong tanpa penyewa.

Allkpop melaporkan Rain membeli bangunan tersebut pada Jun 2021 dengan harga 92 bilion Korean Won atau RM314 juta namun mengambil keputusan menjualnya setahun kemudian dan tiada pembeli berminat.

Pelakon drama bersiri Full House itu dilaporkan mahu menjual hartanah itu dengan harga 140 bilion Korea Won atau RM488 juta.

Rain dilaporkan membayar ansuran bulanan bangunan itu lebih daripada setengah juta.

Bagaimanapun Rain menyangkal dakwaan mahu menjual asetnya itu meskipun terdapat laporan lain mendakwa penyanyi itu bertindak menarik balik keputusannya kerana tiada pembeli.

Dalam pada itu, pakar hartanah berkongsi bahawa kos sebanyak 140 bilion KRW bukanlah kos yang realistik untuk purata pembeli walaupun bangunan itu berada di salah satu lokasi utama di Gangnam, Korea Selatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersenam dua kali sehari, Rain terkejut laporan perubatan tunjuk dia pra obesiti

ARTIKEL BERKAITAN: Rain dituduh curang di belakang isteri, pihak pengurusan ambil tindakan undang-undang

Buat masa ini, bangunan tersebut dikatakan kosong tanpa penyewa di tingkat satu dan dua.

Menurut netizen, jumlah perbelanjaan dan bayaran pinjaman bulanan yang perlu pasangan selebriti itu bayar sepatutnya sekitar 200 juta KRW (RM 697,683) sebulan.

Terdahulu, Rain dan Tae Hee juga dilaporkan membeli beberapa bangunan dan menjual semula hartanah mereka selepas beberapa tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain