suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Takut ibu marah, Lisa Blackpink tak berani kongsi foto pakai bikini

Lisa takut dimarah ibu sekiranya kongsi gambar berbikini di pantai.

ANGGOTA Blackpink iaitu Lisa memaklumkan dirinya masih lagi di bawah pengawasan ibunya meskipun dia kini sudah berusia 26 tahun.

Kata Lisa atau Lalisa Manobal, dia gemar mengenakan bikini ketika mengunjungi pantai, namun tidak berani untuk berkongsi fotonya mengenakan penampilan tersebut.

Lisa 2

Penampilan Lisa ketika pergi ke pantai.

"Saya suka pergi ke pantai dan saya suka memakai bikini. Tetapi saya tidak boleh memuat naik gambar itu," katanya menerusi video di Twitter.

Lisa berkongsi perkara itu ketika menghadiri perjumpaan bersama peminatnya di Thailand.

Jelas Lisa, dia bimbang dimarahi oleh ibunya sekiranya berkongsi gambar berbikini ke media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat video cabaran TikTok, Lee Seung Hoon mengaku hutang Lisa Blackpink RM6.7 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Blackpink mohon maaf, serang jurugambar gara-gara kapsyen foto Lisa

"Saya malu dan saya rasa ibu saya akan memarahi saya," katanya lagi

Lisa berkongsi perkara itu ketika menghadiri perjumpaan bersama peminatnya di Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain