suria

Peminat Blackpink mohon maaf, serang jurugambar gara-gara kapsyen foto Lisa

Kesalahan nama anggota Blackpink menimbulkan kemarahan peminat.

TANPA usul periksa seorang jurugambar dikenali sebagai German Larkin dierang peminat kumpulan Blackpink apabila nama Jennie tertera pada foto Lisa yang disiarkan menerusi majalah Vogue.

Allkpop melaporkan peminat menyerang ruang komen Instagram German kerana tidak berpuas hati dengan kelalaiannya ketika membuat kapsyen foto berkenaan.

Gambar yang turut menampilkan V daripada kumpulan BTS itu dirakamkan ketika kedua-dua selebriti terkenal itu menghadiri Festival Filem Cannes 2023 yang diadakan di Paris.

Tidak berdiam diri dengan tuduhan tidak berasas itu, German menegaskan dia bukan individu yang bertanggungjawab menulis kapsyen gambar tersebut kerana itu bukan tugasnya.

Kesalahan nama anggota Blackpink menimbulkan kemarahan peminat.

Peminat marah foto Lisa dikapsyen nama Jennie.

"Kepada peminat Lisa dan Tae Hyung (V), saya tidak bekerja dengan majalah Vogue dan bukan saya yang menulis kapsyen pada foto berkenaan.

"Bukan tugas saya untuk menghantar teks atau butiran lengkap setiap foto yang diambil dan saya juga bukan penulis artikel. Sila berhenti mengecam saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar berjaya rakam V dan Jennie berpegangan tangan di Paris, peminat beri restu bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Buat video cabaran TikTok, Lee Seung Hoon mengaku hutang Lisa Blackpink RM6.7 juta

"Padam semua komen negatif dan mohon maaf atau saya tidak akan kongsi sebarang foto mereka lagi," tulis German di Instastory miliknya.

Sementara itu, beberapa peminat fanatik Blackpink dilihat memohon maaf kepada German atas serangan melulu yang dilakukan terhadapnya.

"Kami peminat Lisa memohon maaf atas komen dan mesej yang anda terima. Hal ini merupakan kesilapan peminat dan harapnya hubungan kerja anda dan Lisa tidak terjejas.

jennie3 - 1

Peminat Blackpink bertelagah di media sosial.

"Tolong maafkan peminat yang membuatkan anda tidak selesa. Mereka bertindak melulu, maafkan kami.

"Foto anda sangat cantik dan profesional. Tolong jangan berhenti bekerja dengan Lisa," tulis peminat.

Lisa dan V menghadiri sebuah acara makan malam jenama terkenal Celine sempena Festival Filem Cannes 2023 yang diadakan di Paris, Perancis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain